fbpx

Soojin tutup kes tuduhan buli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SOOJIN

WAKIL peguam penyanyi Soojin memaklumkan bekas anggota kumpulan (G)I-DLE itu membuat keputusan menutup kes membabitkan tindakan undang-undang yang diambilnya susulan tuduhan membuli sebelum ini.

Firma Guaman Barun dalam satu kenyataan berkata, Soojin memutuskan perkara tersebut berikutan kesukaran mendedahkan kebenaran kerana tiada bukti untuk mengesahkan fakta sebenar tentang pertuduhan tersebut.

Malah, berlaku percanggahan kenyataan daripada pihak-pihak yang terkait sehingga akhirnya menyaksikan Soojin tampil dengan keputusan tersebut.

“Dalam keadaan seperti itu, Soojin mencapai kesimpulan bahawa tidak mungkin lagi bagi dirinya untuk meneruskan kes ini,” katanya.

Pada masa sama, firma guaman tersebut turut memberitahu, Soojin kini berada dalam situasi ‘sulit’ tetapi tetap memilih menjelaskan perihal kes tersebut kepada umum.

“Tidak peduli dengan berapa banyak kata-kata yang dilemparkan, dia tetap melakukannya demi penggemar yang tidak putus menyokong bahkan buat mereka yang pernah terluka atau tersinggung pada masa lalu,” ujarnya lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI