fbpx

Iga Swiatek julang Grand Slam ketiga karier

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SWIATEK merangkul gelaran Grand Slam ketiga selepas muncul juara di Terbuka AS menewaskan Jabeur pada aksi final awal pagi semalam. – AFP

NEW YORK – Pemain No. 1 du­nia, Iga Swiatek menepati ramalan selepas menjulang trofi Grand Slam ketiga dalam karier­nya apabila memenangi Terbuka Amerika Syarikat (AS) dengan menewaskan Ons Jabeur di pentas final awal pagi semalam.

Pada aksi tersebut, pemain kelahiran Poland itu tidak mempunyai masalah untuk menafikan cabaran Jabeur dengan keputusan straight-set 6-2, 7-6 dalam tempoh hampir dua jam.

Swiatek yang menerima ha­diah wang tunai AS$2.6 juta (RM11.6 juta) mengakui cukup teruja untuk mendakap trofi Terbuka AS buat pertama kali selepas dua gelaran Grand Slam yang dimenangi sebelum ini adalah pada saingan Terbuka Perancis.

“Secara jujur, saya tidak sangka dapat bergelar juara saingan ini pada awal kejohanan, tetapi saya cuba melakukan yang terbaik dengan memberi tumpuan satu demi satu perlawanan.

“Mengenai aksi final, kita tahu kualiti yang ada pada Jabeur dan saya telah bersedia secara mental dan fizikal meskipun berdepan cabaran sengit pada set kedua.

“Saya harap dia tidak terlalu kecewa kerana dia masih berpeluang bergelar juara pada masa akan datang,” katanya.

Sementara itu, Jabeur yang tewas pada dua aksi final Grand Slam berturut-turut selepas kalah pada Kejuaraan Wimbledon sebelum ini mengakui Swiatek lebih berhak untuk bergelar juara.

“Kita boleh lihat peningkatan mendadak yang dipamerkan oleh Swiatek pada tahun ini dan dia berhak menerima segala kejayaan yang dikecapi dan saya akur dengan kekalahan ini,” kata pemain kelahiran Tunisia itu.
– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI