fbpx

1,483 kes Covid-19 dilaporkan semalam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Angka jangkitan Covid-19 di negara ini terus mencatatkan pola penurunan apabila sebanyak 1,483 kes dilaporkan semalam termasuk dua kes import sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,766,992 setakat ini.

Berdasarkan data pada laman web CovidNow, sejumlah 2,090 kes sembuh direkodkan dengan jumlah keseluruhan pulih daripada Covid-19 seramai 4,742,488 orang.

Kata laman web itu, sebanyak 26,339 kes aktif Covid-19 dilaporkan dengan merekodkan pertambahan sejumlah negatif 610.

“Kuala Lumpur mencatatkan jumlah kes harian tertinggi iaitu sebanyak 328 diikuti Selangor (268), Perak (138), Sabah (127), Negeri Sembilan (110), Sarawak (86), Johor (73), Melaka (67) dan Pulau Pinang (63).

“Turut menyumbang kepada jumlah kes harian itu ialah Kedah (54), Pahang (49), Putrajaya (43), Kelantan (37), Terengganu (26), Perlis (12) dan Labuan (2), ”kata maklumat itu hari ini.

Dalam perkembangan sama, sebanyak empat kematian dilaporkan dengan satu kes meninggal dunia di luar hospital atau brought in dead (BID) seterusnya menjadikan jumlah kematian sebanyak 36,280.

Jumlah kematian BID pula sebanyak 7,710 setakat ini.

Sebanyak 25,021 kes dikuarantin di rumah, 9 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 1,241 kes di hospital, 20 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 48 kes di ICU dengan bantuan pernafasan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI