fbpx

Jalan sesak 13km, trafik tinggi masuk KL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan sekitar di Plaza Tol Gombak hari ini.

PETALING JAYA – Trafik sesak sepanjang 13.1 kilometer (km) dilaporkan berlaku di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) berikutan pertambahan kenderaan sejak awal pagi tadi.

Menurut laporan di Twitter Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), sekitar pukul 1.12 petang, keadaan trafik perlahan sepanjangan 13.1km arah Barat, bermula dari Bentong ke Bukit Tinggi.

Keadaan sesak turut berlaku sepanjang 1.7km sebelum Tol Plaza Gombak arah barat.

“Lebuh raya arah selatan pula, trafik dilaporkan perlahan dari Hentian Sebelah Bukit Gantang (SB) ke Bukit Berapit, diikuti Simpang Pulai ke Hentian Sebelah Simpang Pulai dan Gua Tempurung ke Tapah serta Bidor ke Sungkai ekoran kemalangan di KM352.5,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI