fbpx

1,971 kes Covid-19 dilaporkan semalam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Angka jangkitan Covid-19 di negara ini mencatatkan sebanyak 1,971 kes semalam termasuk tujuh kes import sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,765,511 setakat ini.

Berdasarkan data pada laman web CovidNow, sejumlah 2,389 kes sembuh direkodkan dengan jumlah keseluruhan pulih daripada Covid-19 seramai 4,740,398 orang.

Kata laman web itu, sebanyak 26,949 kes aktif Covid-19 dilaporkan dengan merekodkan pertambahan sejumlah negatif 421.

“Selangor mencatatkan jumlah kes harian tertinggi iaitu sebanyak 590 diikuti Kuala Lumpur (371), Perak (188), Sabah (160), Pulau Pinang (102), Melaka (91), Sarawak (85), Negeri Sembilan (75) dan Johor (73).

“Turut menyumbang kepada jumlah kes harian itu ialah Kedah (63), Kelantan (45), Pahang (42), Putrajaya (38), Terengganu (24), Perlis (20) dan Labuan (4),”kata maklumat itu hari ini.

Dalam perkembangan sama, sebanyak tiga kematian dilaporkan dengan tiada kes meninggal dunia di luar hospital atau brought in dead (BID) seterusnya menjadikan jumlah kematian sebanyak 36,277.

Jumlah kematian BID pula kekal sebanyak 7,709 setakat ini.

Sebanyak 25,648 kes dikuarantin di rumah, 8 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 1,224 kes di hospital, 20 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 49 kes di ICU dengan bantuan pernafasan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI