fbpx

Beruang merayau di sawah padi ditangkap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan beruang jantan yang berjaya ditangkap Perhilitan Selangor hari ini.

SABAK BERNAM – Seekor beruang matahari yang ditemui berkeliaran di sawah padi Ban Canal, Parit 13 Sungai Nibong di sini, hujung bulan lalu berjaya ditangkap hari ini.

Beruang jantan dewasa itu ditangkap Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) di sekitar Parit 12, kira-kira pukul 2 pagi.

Pengarah Perhilitan Selangor, Dennis Ten Choon Yung berkata, pihaknya sebelum ini menjalankan pemantauan harian susulan aduan awam mengenai haiwan tersebut.

Kata beliau, operasi menyelamat beruang itu kemudian digerakkan bersama Pusat Menyelamat Hidupan Liar Sungkai (NWRC) selepas menerima aduan terbaharu kelmarin.

“Perhilitan Sabak Bernam membuat rondaan dan menemui seekor beruang di dalam kawasan kebun ubi.

“Penjejakan kemudian diteruskan dan menjumpai kesan umbut kelapa yang musnah dipercayai akibat perbuatan haiwan itu,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Jelas Choon Yung, tembakan pelali ke atas beruang itu kemudianya berjaya dilakukan pihaknya kira-kira pukul 8 pagi tadi.

“Doktor Veterinar Perhilitan kemudian melakukan pemeriksaan morfologi dan kesihatan haiwan itu.

“Beruang berkenaan didapati berada dalam keadaan sihat,” ujarnya.

Tambah beliau, beruang itu dipindahkan ke Pejabat Perhilitan bagi persiapan dan persediaan pelepasan semula ke habitat asal. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI