fbpx

Safawi Rasid idam julang Piala FA bersama JDT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SAFAWI harap diturunkan beraksi pada saingan Piala FA menentang TFC di Stadium Nasional Bukit Jalil Sabtu ini.

BINTANG sensasi Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid meletakkan harapan tinggi untuk melengkapkan koleksi kejua­raan dengan membantu pa­sukan menjuarai trofi Piala FA menjelang aksi final bertemu Terengganu FC (TFC) di Stadium Nasional, Bukit Jalil esok.

Sebagai rekod, skuad Harimau Selatan kendalian Hector Bidoglio berpotensi untuk melengkapkan kejuaraan kedua musim ini, sekali gus membawa pulang trofi Piala FA ke bumi Johor buat kali pertama sejak edisi 2016.

Kata Safawi, mentaliti juara yang diterapkan dalam kalangan pemain menjadi nadi bagi memastikan pasukan dapat melakar keputusan positif pada pertembungan yang dijangka berlangsung sengit nanti.

“Persiapan kami sebelum mengharungi aksi final Piala FA berjalan dengan lancar dan semua pemain bersedia untuk memberikan yang terbaik. Misi kami sudah tentu untuk membawa pulang trofi ke Johor.

“Secara jujur, pasukan telah menerapkan mentaliti dengan menganggap setiap aksi yang diharungi pada saingan Liga Super atau kejuaraan piala adalah seperti pentas final dan tiada tekanan buat kami.

“Mengenai sasaran peribadi, ini adalah aksi final pertama saya bersama JDT dan saya mahu membantu pasukan untuk melakar kemenangan andai diberikan peluang beraksi oleh jurulatih nanti,” kata pemain berusia 25 tahun itu.

Safawi telah memenangi hampir semua trofi yang ditawarkan Liga Malaysia (Liga M) seperti Liga Super, Piala Sumbangsih dan Piala Malaysia tetapi masih belum berkesempatan menjua­rai Piala FA sepanjang kariernya.

Skuad Harimau Selatan telah mengharungi kempen yang cemerlang musim ini selepas menjuarai trofi Piala Sumbangsih selain hampir pasti mengekalkan kejuaraan Liga Super buat kali ke-9 berturut-turut.

Pada aksi final Piala FA musim 2016, skuad JDT berjaya menewaskan kelab Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS FC) dengan keputusan 2-1 pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Shah Alam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI