LONDON – Pemerintah Britain yang baharu, Raja Charles III telah meminta tempoh Perkabungan Diraja dipanjangkan sehingga selepas tujuh hari istiadat pemakaman bondanya, Ratu Elizabeth II selesai, lapor stesen penyiaran CNN hari ini.
Tempoh Perkabungan Diraja akan bermula Jumaat (waktu tempatan) dan akan berakhir selepas menerima keputusan pertimbangan oleh keluarga diraja mengenainya.
Menurut kenyataan Istana Buckingham, tarikh pengebumian baginda Ratu akan disahkan dalam masa terdekat.
Royal Residences akan ditutup sehingga selepas pengebumian Ratu, tambah kenyataan Istana.
Perkabungan Diraja adalah proses yang berasingan kepada Perkabungan Negara, yang juga bermula pada hari Jumaat.
“Tempoh Perkabungan Diraja akan diperhatikan oleh Ahli Keluarga Diraja, kakitangan Rumah Diraja dan Wakil Keluarga Diraja dalam tugas rasmi, bersama-sama dengan tentera yang komited untuk Tugas Istiadat,” tulis menurut kenyataan itu lagi. – Agensi














