fbpx

Jihyo kurus angkara pengurus sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JIHYO

RAMAI dalam kalangan peminat terperanjat besar apabila melihat imej terbaharu anggota kumpulan Twice, Jihyo.

Ditanya mengenai rahsia dan petua yang diamalkan hingga mendapat bentuk badan ideal sebegitu, Jihyo berkata, itu semua gara-gara pengurusnya.

“Saya jadi begini disebabkan pengurus yang sentiasa mengingatkan untuk tidak akan membenarkan saya beraksi di atas pentas andai berat badan melebihi 45 kilogram (kg).

“Tidak setakat itu, dia juga memberi amaran bahawa saya tidak akan sesekali dapat bertemu dengan peminat kalau tidak mencapai standard yang mereka (pengurusan) mahukan,” katanya.

Bagaimanapun, kata Jihyo, pada masa sama, dia sendiri terpaksa menipu pengurusnya dengan mengatakan tidak pernah mengambil makanan ringan, sedangkan ada berbuat demikian beberapa kali.

Akui selebriti cantik berusia 25 tahun itu lagi, berat badannya kini sudah mencapai standard iaitu 42kg dan dia selesa dengan imej sebegitu selain tampak lebih yakin di tempat umum.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI