fbpx

Itu bukan Bilal – Neelofa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR seorang bayi lelaki (kiri) yang tular dalam TikTok kerana ramai beranggapan itu adalah anak Neelofa, Bilal.

PETALING JAYA – Selebriti berniqab terkenal Neelofa tampil menafikan foto bayi tular dalam TikTok yang didakwa ramai sebagai anak lelakinya, Muhammad Bilal.

Foto yang tular sejak semalam dalam aplikasi TikTok mengundang 1,001 tanda tanya ramai apabila ada yang mendakwa bayi lelaki comel itu sebagai Bilal.

Tidak berdiam diri, Neelofa atau nama penuhnya Noor Neelofa Mohd. Noor, 33, menjelaskan kanak-kanak lelaki yang didukung oleh seorang wanita dalam foto tersebut bukan anaknya.

“Maaf semua, ini bukan Bilal tetapi comelnya masya-Allah,” komennya ringkas pada hantaran tersebut.

Sejak foto tersebut tular, pelbagai spekulasi mendakwa kanak-kanak lelaki itu itu sebagai Bilal berdasarkan bentuk wajah dan kulit putih gebunya.

Malah, ada yang mendakwa wanita yang mendukung bayi terbabit adalah adik perempuan kepada Haris Ismail.

“Itu bukan Bilal. Kanak-kanak lelaki itu anak buah Haris,” dakwa seorang netizen.

Sejak dilahirkan pada 29 Januari lalu, Neelofa dan Haris mengambil pendekatan untuk tidak mendedahkan wajah Bilal kepada umum bagi mengelakkan sebarang penyakit Ain yang berpunca daripada pandangan mata atau dendam.

Bagaimanapun, bekas pengacara MeleTOP itu kerap berkongsi foto anak lelakinya itu meskipun tidak menampakkan bahagian wajah sepenuhnya.

Terdahulu, pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021 di sebuah hotel terkemuka di ibu negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI