fbpx
Gambar kenangan penderma hati pertama negara, Wan Mohd.Hafizam (kiri) mengusap dahi Mohd. Afiq 1 tahun yang mengidap sakit Biliary Atresia yang dipangku oleh ibunya Shamsinar Salimin pada 23 tahun lalu.

Hukum derma organ harus, selamatkan nyawa orang lain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GEORGE TOWN – Majoriti ula­ma berpandangan hukum pemindahan dan pendermaan organ seorang manusia kepada manusia lain adalah harus selagi ia tidak memudaratkan pen­dermanya.

Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd. Noor berkata, meskipun isu itu mempunyai pelbagai perbezaan pendapat dalam kalangan ulama, namun ramai yang menyokong akan perkara tersebut.

“Di Malaysia, Majlis Fatwa Kebangsaan telah memutuskan hukum yang sama (harus) dalam mesyuarat pada tahun 1970.

“Ini diikuti oleh fatwa negeri-negeri termasuk Pulau Pinang, Perlis, Sarawak, Selangor, Johor dan lain-lain,” katanya kepada Kosmo!.

Sementara itu, pendakwah bebas, Ustaz Abdullah Khairi berkata, pendermaan organ harus dalam Islam dan sangat digalakkan sama ada ketika masih hidup mahupun sudah meninggal.

“Sebabnya begitu, kita bantu orang lain, kita beri pertolongan, ulama dah keluarkan fatwa bahawa kita harus dan digalakkan derma organ dan bukan menyiksa mayat penderma organ.

“Tolong saudara kita dalam keadaan memerlukan termaktub dalam Maqashid Syariah terma­suk juga menjaga keturunan, harta, nyawa dan agama,” katanya.

Ujarnya, stigma masyarakat berkaitan menderma organ menyiksa mayat perlu diubah kera­na yang dilarang Islam adalah pembedahan terhadap mayat hanya untuk menuntut insu­rans.

“Kalau bedah untuk tuntut insurans, itu yang tidak boleh, untuk bantu orang lain macam derma buah pinggang atau kor­nea, itu semua dibenarkan,” katanya.

Pendakwah terkenal Ustaz Syamsul Amri Ismail atau lebih dikenali sebagai Syamsul Debat pula berkata, pendermaan organ tidak hanya fokus untuk umat Islam.

“Kadangkala kita juga mene­rima organ daripada orang bukan Islam, jadi tiada masalah untuk menderma kepada orang bukan Islam, niat kita yang utama sudah pastinya untuk memberi organ secara derma dan derma perlu ikhlas.

“Sebagai penderma organ, niat kita menderma organ adalah untuk memberikan kemudahan kepada orang lain dan ia tidak memudaratkan diri kita,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN