PETALING JAYA – Keadaan hujan lebat berserta ribut petir dan angin kencang lebih berisiko di bandar utama Semenanjung termasuklah keseluruhan kawasan Kuala Lumpur serta Putrajaya pada petang ini.
Menurut ramalan cuaca dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), cuaca buruk yang sama turut dijangka melanda Perak (Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim) serta Pahang (Raub, Bentong, Temerloh, Bera, Pekan dan Rompin).
“Bagi negeri Selangor (Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang), manakal di Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban dan Jempol).
“Selain itu di Johor (Segamat, Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru) turut berdepan hujan lebat sepanjang sehingga lewat petang nanti,” katanya dalam kenyataan di Facebook hari ini.
MetMalaysia menjangkakan keadaan cuaca buruk itu berterusan sehingga pukul 7 malam hari ini.
Sementara itu, beberapa kawasan di Sarawak melibatkan daerah Serian, Samarahan (Simunjan), Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah (Tanjung Manis, Daro, Matu dan Dalat), Kapit (Song), Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) dan Limbang.
“Di Sabah merangkumi sekitar Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort dan Tambunan), Pantai Barat, Sandakan (Telupid, Beluran dan Sandakan) dan Kudat sehingga meliputi kesemua bahagian Labuan bagi tempoh sama hari ini,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE














