fbpx

Ratu Elizabeth II gering, kerabat diraja bergegas ke Balmoral

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ratu Elizabeth II.

BALMORAL, Scotland – Ahli keluarga Diraja Britain, bergegas pulang apabila doktor Ratu Elizabeth II menyatakan kebimbangan terhadap kesihatan baginda yang dalam pengawasan perubatan.

Istana dalam kenyataan berkata, berdasarkan penilaian pagi tadi, doktor mengambil berat kesihatan baginda serta menjelaskan ratu stabil dan berada di Balmoral.

Sehubungan itu, Putera Charles dan isterinya, Camilla telah pulang ke Istana Balmoral bersama anak sulungnya Putera William.

Difahamkan, ahli keluarganya yang lain iaitu Puteri Anne, Putera Andrew dan Edward juga dalam perjalanan ke istana.

Pada usia 96 tahun, Ratu Elizabeth merupakan monarki Britain yang paling lama bertakhta.

Baginda menaiki takhta pada tahun 1952 manakala pada Jun lepas, Ratu Elizabeth meraikan Jubli Platinum baginda.

Ia sebagai menandakan bahawa baginda telah bertakhta selama 70 tahun.

Dalam pada itu, Perdana Menteri United Kingdom, Liz Truss berkata, seluruh negara sangat mengambil berat dengan berita dari Istana Buckingham.

“Ingatan saya dan rakyat di seluruh United Kingdom bersama baginda dan keluarga pada masa ini,” katanya menerusi ciapan di Twitter. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI