fbpx

Operation London Bridge sohor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ratu Elizabeth II.

PETALING JAYA – Berikutan kesihatan Ratu Elizabeth II dilaporkan gering, perkataan Operation London Bridge sohor di laman Twitter sekarang ini.

Memetik sebuah portal berita antarabangsa menjelaskan, Operation London Bridge akan dilaksanakan jika perkara buruk (mangkat) berlaku kepada pemerintah monarki England itu berlaku.

Pada September tahun lalu butir lengkap operasi itu telah didedahkan iaitu:

1. Bendera dikibarkan separuh tiang 10 minit selepas kerajaan United Kingdom umumkan kemangkatan.

2. Putera Charles akan diumumkan menjadi raja apabila Ratu Elizabeth II mangkat.

3. Perdana Menteri pihak pertama akan mengeluarkan kenyataan rasmi.

4. Ratu akan disemadikan dalam masa 10 hari selepas kemangkatan.

5. Laman web rasmi diraja akan diletakkan banner hitam putih.

6. Ketika hari pemakaman ratu, rakyat akan diberikan cuti peristiwa.

7. Ratu disemadikan di King George VI Memorial Chapel.  – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI