fbpx

Mahkamah: Najib lantik Nik Faisal pemegang mandat 5 akaun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Najib.

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak telah melantik bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB sebagai pemegang mandat bagi lima akaun banknya.

Pengurus Cawangan Ambank (M) Berhad Jalan Raja Chulan, R.Uma Devi yang juga saksi pendakwaan ke-37 itu berkata, Najib telah menghantar surat kepada pihak bank dan menyatakan telah melantik Nik Faisal Ariff Kamil sebagai pemegang mandat bagi lima akaun itu.

“Ini bermakna pihak bank perlu mendapatkan pengesahan daripada Nik Faisal bagi mana-mana cek sekiranya nilai transaksi melebihi RM250,000.

“Beliau juga membenarkan Nik Faisal memberi arahan bertulis kepada bank untuk mengeluarkan deraf bank atas nama kesemua akaun dan memberi arahan kepada Perbendaharaan Kumpulan Ambank bagi tujuan Deposit Perbendaharaan/ Penempatan Pasaran Wang,” katanya.

Menerusi surat itu juga, mengesahkan bahawa Najib bertanggungjawab bagi transaksi (akaun) yang dilakukan, seolah-olah ia dikeluarkan oleh beliau sendiri.

Sebelum ini, mahkamah diberitahu melalui keterangan Pengurus Bahagian Unit Sistem Pemindahan Dana dan Sekuriti Secara Elektronik Masa Nyata (RENTAS) Ambank (M) Berhad, Wedani Senen, akaun Najib atas kod nama AmPrivate Banking-1MY menerima £750,000 daripada Blackrock Commodities (Global) Limited pada 23 Jun 2014.

Akaun sama menerima wang daripada Vista Equity International Partners Ltd (Barbados) melalui lima transaksi iaitu £5,750,000 (19 Oktober 2014); £694,343.62 dan £2,216.01 (24 November 2014);£995,000.00 (5 Disember 2014) dan £1.26 juta (18 Disember 2014).

Mengikut laporan berita sebelum ini, Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) mengenal pasti Vista Equity International Partners dan Blackrock ialah ‘shell company’ (syarikat yang hanya wujud di atas kertas) dimiliki dan dikawal oleh Eric Tan, iaitu sekutu amanah ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low.

Perbicaraan berlangsung di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung lagi Isnin depan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI