fbpx

Ibu lawan harimau demi selamatkan bayi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Archana mengalami kecederaan serius di bahagian paru-paru dan badan. - BBC

NEW DELHI – Seorang wanita di negeri Madhya Pradesh, India mengalami kecederaan serius selepas bertarung dengan seekor harimau ketika mahu menyelamatkan bayinya yang berusia 15 bulan, lapor Badan Penyiaran British (BBC) kelmarin.

Mangsa, Archana Choudhary, bergelut dengan haiwan buas itu menggunakan tangan kosong selama beberapa minit sebelum penduduk kampung mendengar jeritannya meminta pertolongan dan mula campur tangan.

Kedua-dua ibu dan anak itu kini sedang menerima rawatan di hospital.

Serangan tersebut berlaku pada Ahad lalu di pinggir Rizab Harimau Bandhavgarh ketika Archana dan anak kecilnya sedang bermain di sebuah padang.

Akhbar The Times of India melaporkan harimau itu telah membenamkan giginya ke dalam kepala bayi tersebut dan cuba menarik kanak-kanak itu apabila ibunya mula melawan haiwan tersebut.

Jeritan si ibu meminta tolong menarik penduduk kampung dari kawasan berhampiran yang datang membawa kayu dan menghalau harimau kembali ke dalam hutan.

Archana dilaporkan mengalami kecederaan di bahagian paru-paru dan luka-luka di badan, manakala anak lelakinya luka pada kepala.

Seorang doktor memberitahu bahawa luka pada badan kanak-kanak itu tidak serius, namun kecederaan lebih serius dikesan pada ibunya.

Pakar bedah awam, Dr. Misthi Ruhela berkata, ibu dan anak itu sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan telah diberi suntikan anjing gila. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI