fbpx

Chelsea tiada ‘nafsu’ – Thomas Tuchel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TUCHEL nyata hilang kata-kata ketika menyaksikan Chelsea tewas 1-0 kepada Dinamo Zagreb pada aksi pembuka tirai Liga Juara-Juara di Stadium Maksimir awal pagi semalam. – AGENSI

ZAGRED – Pengurus Chelsea, Thomas Tuchel terkedu selepas melihat kekalahan mengejut skuad bimbingannya kepada pa­sukan Dinamo Zagreb dalam Liga Juara-Juara, awal pagi semalam.

Tuchel berang sambil menyifatkan pasukannya itu seolah-olah tidak ‘bernafsu’ selepas gagal kembali mencari rentak susulan gol awal tuan rumah, Mislav Orsic pada minit ke-13.

Kemenangan pasukan tuan rumah memastikan skuad Dinamo Zagreb meraih tiga mata penting ketika menewaskan juara Eropah dua kali itu.

“Saya tidak tahu dari mana datangnya persembahan pada hari ini. Mereka seolah-olah tiada keazaman dan tiada semangat untuk mencari kemenangan.

“Jelas sangat Chelsea ketika ini tidak berada di tempat yang kita mahukan. Saya sangat kecewa dengan prestasi kami hari ini kerana mereka tidak cukup agresif. Malah, tiada semangat dalam satu pasukan mahupun individu.

“Kita perlu mencari penyelesaian dan pada masa ini, semua­nya seakan-akan hilang arah,” ujar Tuchel.

Chelsea kini telah tewas tiga perlawanan berturut-turut di tem­pat lawan buat kali pertama di bawah Tuchel termasuk ketika menentang Leeds United dan Southampton.

Chelsea akan bertandang ke Fulham seterusnya pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Sabtu ini, sebelum melayan Salzburg dalam perlawanan kedua Liga Juara-Juara Rabu depan.
– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI