fbpx

Wanita ‘menangis tak berlagu’ anak isi air ke dalam tangki petrol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar memaparkan senario wanita itu menunjukkan tangki minyak motosikalnya yang dipenuhi air. - TikTok

JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan aksi seorang wanita yang menangis apabila anaknya memasukkan air ke dalam tangki petrol motosikalnya, lapor laman berita Suara.com.

Video itu dimuat naik dalam akaun TikTok @internonaa.

Berdasarkan rakaman tersebut, wanita itu membuka penutup tangki minyak motosikalnya dan mendapati ia dipenuhi air. 

Dia memaklumkan bahawa perbuatan itu dilakukan anak kecilnya walaupun baru sahaja mengisi penuh minyak di kedai.

Dia juga mengetahui perbuatan itu apabila mendapati lantai di kawasan tersebut basah dan berbau minyak.

Wanita itu turut dilihat mencelupkan jari ke dalam lubang tangki minyak untuk memastikan bahawa ia dipenuhi air. 

Video itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Anak pintar bantu ibu mencuci tangki minyak,” kata seorang netizen.

“Sakit tidak berdarah,” komen netizen lain. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI