fbpx

Tiada noda, mulusnya kulit wajah Syahrini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SYAHRINI

PENYANYI Syahrini mendapat pujian daripada seorang jurusolek artis terkenal Indonesia yang mengagumi kulit wajah wanita itu begitu mulus tanpa secalit cela.

Bahkan, jurusolek tersebut, Bennu Sorumba turut memberitahu wajah isteri kepada pengusaha, Reino Barrack itu langsung tidak mempunyai liang pori.

Pujian tersebut membuatkan pelantun lagu Tatapan Cinta itu tersipu malu, namun bersyukur atas kelebihan yang dikurniakan kepadanya.

“Berpeluang menatarias wajah Syahrini yang mulus. Ternyata wajah wanita solehah ini tidak mempunyai pori-pori,” ujar Bennu.

Perkara tersebut turut mengundang respons positif daripada peminat penyanyi terkenal itu apabila turut memuji kecantikan kulit wajahnya.

“Cantik dan solehah. Artis yang tidak pernah ikut campur urusan orang lain,” kata seorang peminatnya.

“Puteri solehah yang cantik,” puji pula seorang lagi peminat lain.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI