fbpx

Budak 6 tahun menangis enggan wajah digelar mirip bapa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kanak-kanak itu mahu mirip wajah ibu kerana dia dilahirkan oleh ibu. - Mothership

BEIJING –  Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun di China dirakam menangis teresak-esak kerana tidak mahu digelar mirip wajah bapanya, lapor portal Mothership semalam.

Menerusi rakaman video yang dimuat naik di media sosial, kanak-kanak dari wilayah Jiangsu itu tidak menyukai pujian yang diberikan oleh rakan ibunya yang mengatakan dia lebih mirip muka bapa berbanding ibu.

“Beberapa rakan saya datang ke rumah dan memberitahu anak saya bahawa wajahnya saling tidak tumpah seperti suami saya.

“Anak saya mula menangis dan mengamuk sambil berkata dia tidak mahu mirip bapanya tetapi mahu iras wajah saya,” kata wanita itu.

Alasan yang diberikan oleh kanak-kanak itu adalah dia mahu mirip wajah ibu kerana ibu yang melahirkan dia dan ada satu lirik lagu kegemarannya berkata ‘ibu insan terbaik di dunia’, bukan bapa.

“Dia juga  memberitahu dirinya tidak cantik jika wajah mirip bapanya.

“Namun, dia mempunyai hubungan sangat baik dengan suami saya,” jelas wanita itu lagi. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI