fbpx

Wang simpanan RM1,000 ‘lesap’ gara-gara guna Wi-Fi awam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Seorang pengguna Twitter, Zakuan Zaidi berkongsi pengalaman pahit saudaranya apabila secara tiba-tiba wang simpanan hampir RM1,000 ditolak dari akaun ketika sedang menggunakan Wi-Fi di sebuah lapangan terbang.

Dakwanya, akaun bank saudaranya itu digodam pihak tidak bertanggungjawab untuk membeli tiket penerbangan dari Hong Kong ke Bangkok.

“Saudara aku kehilangan wang hampir RM1,000, dipercayai akaun bank beliau digodam ketika guna Wi-Fi di lapangan terbang.

“Transaksi menunjukkan simpanan daripada akaun beliau digunakan untuk beli tiket penerbangan,” ciapnya baru-baru ini.

Sehubungan itu, Zakuan turut mengingatkan orang ramai agar berhati-hati ketika ingin menggunakan Wi-Fi secara percuma di tempat awam, kerana maklumat peribadi kita mungkin terdedah kepada kumpulan penggodam.

Menjengah ke ruangan komen, ada juga beberapa pengguna lain pernah mengalami situasi sama dengan kejadian yang dikongsikan.

“Betul, sama kes dengan saya semasa tunggu penerbangan dari Langkawi ke Kuala Lumpur, tiba-tiba dapat notifikasi bahawa wang dari akaun saya sudah dipindahlan ke akaun ketiga (akaun pengguna lain).

“Terus buat laporan dekat bank sekadar laporan sahaja la, wang hilang jangan ingat nak dapat balik,” kongsi Jue Hashim. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI