SESUAI dengan nama Aalunscarves, tudung yang dihasikan mementingkan ciri beralun.

Tudung lembut beralun serlah keanggunan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BAGI setiap wanita yang memakai tudung, pemilihan tudung dengan material yang tepat dan bersesuaian adalah amat penting agar tudung yang dipakai itu terletak cantik.

Material seperti satin sutera, sifon dan kapas adalah antara material yang sering menjadi pilihan memandangkan sifatnya yang lembut, selesa serta mudah digayakan.

Memahami dilema wanita dalam pemilihan tudung untuk gaya seharian, dua usahawan muda kemudian mewujudkan Aalunscarves yang mengeluarkan tudung berteraskan material lembut dan selesa.

Berbekalkan pengalaman selama enam tahun dalam industri fesyen hijab di negara ini, Syamira Zolkifle, 31, dan Marlisa Muhaiyuddin, 29, mengambil langkah berani dengan menubuhkan jenama sendiri dikenali sebagai Aalunscarves pada bulan Jun yang lalu.

Biarpun baru bergelar usahawan, Syamira berkata, dia dan Marlisa yakin dengan kebolehan mereka dalam mengetengah tudung yang menjadi pilihan pemakai hijab di negara ini.

“Aalunscarves ditubuhkan sekitar tiga bulan lalu dan kami mempertaruhkan seleksi tudung buat wanita yang gemarkan gaya ringkas, elegan dan moden.

“Bagi koleksi sulung kami ini, Nadora, ia menggunakan material sutera satin dan satin matte yang cukup selesa dan beralun, sesuai dengan nama jenama kami,” ujar Syamira.

Tambah wanita yang berasal dari Puchong, Selangor itu lagi, Nadora dalam bahasa Yunani membawa maksud hadiah yang cantik dan sebagai sebuah jenama baharu, koleksi sulung Aalunscarves itu adalah disifatkan sebagai satu bentuk hadiah daripada Aalunscarves kepada pelanggannya.

Nadora didatangkan dalam tiga rona berbeza iaitu coklat lembut, biru lembut dan juga hitam.

Rona coklat lembut yang dikenali sebagai Sunrise sesuai buat wanita yang sukakan penampilan anggun dan cocok digayakan untuk acara makan malam romantis.

Warna kedua iaitu warna biru lembut pula dikenali sebagai Malibu yang sesuai sebagai gaya harian dan penampilan formal ke pejabat.

Bagi rona hitam pula yang dikenali sebagai Midnight, cetakan corak yang agak bold menyerlahkan gaya berani wanita berhijab dan sesuai dipakai untuk acara santai pada hujung minggu bersama keluarga dan rakan-rakan.

Ujar Syamira, dia dan Marlisa juga melancarkan rekaan bercorak bagi koleksi sulung ini kerana mahu pemakai menggayakan tudung corak rekaan mereka.

“Bagi pertaruhan koleksi pertama ini, kami bersepakat mengeluarkan koleksi dengan rekaan kami sendiri memandangkan ia lebih istimewa.

“Untuk tudung jenis bawal, kami memilih material satin matte kerana sifatnya yang lebih terletak kemas bagi memastikan pemakai kekal selesa sepanjang hari, manakala bagi selendang pula, kami memilih material jenis sutera satin kerana kilatan pada material itu menjadikan corak pada tudung tampak lebih eksklusif dan cantik,” katanya.

Bagi koleksi akan datang, Syamira berhasrat untuk menambah lebih banyak rekaan menarik, selain memperkenalkan pelbagai lagi produk wanita berhijab seperti anak tudung dan tudung jenis instant bagi memberikan lebih banyak pilihan kepada golongan pemakai hijab.

Setiap koleksi Nadora dijual pada harga RM89 dan pembeli boleh mendapatkannya menerusi Instagram @aalunscarves.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN