fbpx

Seorang maut, 9 hilang Taufan Hinnamnor badai Korea Selatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pejalan kaki berjalan melepasi struktur dan serpihan yang rosak selepas Taufan Hinnamnor melanda Busan semalam. - AFP

SEOUL – Taufan Hinnamnor yang melanda Korea Selatan mengakibatkan seorang maut dan sembilan yang lain hilang, sebelum ia kembali ke laut dengan beberapa laporan mengenai kerosakan harta benda.

Taufan itu adalah antara yang paling kuat melanda Korea Selatan dalam beberapa dekad. Ia melanda Pulau Jeju di bahagian selatan selama semalaman sebelum beralih ke bandar Busan dengan membawa ombak besar dan hujan lebat sehingga merosakkan jalan dan kedai di tepi pantai.

Taufan tersebut bergerak pada kelajuan 43 meter sesaat apabila melanda, kata pihak berkuasa.

Sementara itu, seorang lelaki berusia 25 tahun dilaporkan hilang selepas terjatuh ke dalam sungai yang dilanda hujan di bandar Ulsan, kata Ibu Pejabat Pencegahan Bencana dan Keselamatan Pusat.

Sebagai langkah berjaga-jaga, pihak berkuasa menutup lebih 600 sekolah di seluruh negara dan syarikat penerbangan tempatan turut menghentikan kira-kira 250 penerbangan domestik. Perkhidmatan itu beransur-ansur disambung semula ketika taufan tersebut menuju ke Jepun.

Dalam pada itu, Korea Utara turut bersiap sedia menghadapi ribut dengan Pemimpin Tertingginya, Kim Jong-un menyelia mesyuarat di Pyongyang untuk menilai kesiagaan menghadapi bencana, lapor media rasmi kerajaan.

Jong-un berkata, usaha meningkatkan tindak balas bencana Pyongyang adalah penting kerana tiada yang lebih berharga daripada nyawa dan keselamatan rakyat, kata Agensi Berita Pusat Korea. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI