fbpx

Pelan Tindakan Teknologi Dron Malaysia 2022-2030 dibangunkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri ketika mempengerusikan mesyuarat kedua Majlis Ekonomi Digital dan Revolusi Perindustrian Keempat Negara tadi.

PUTRAJAYA- Kerajaan bersetuju membangunkan Pelan Tindakan Teknologi Dron Malaysia 2022-2030 (MDTAP30) untuk menyokong ekosistem dron seterusnya menjadikan MDTAP30 sebagai sebuah agenda nasional.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Malaysian Research Accelerator for Technology and Innovation (MRANTI) bakal bertindak sebagai agensi penyelaras sekretariat MDTAP30 seterusnya melaporkan kemajuan kepada ahli Majlis melalui Kluster Teknologi Baru Muncul.

“Sistem Pengurusan Trafik UAS (UAS-TM) juga akan dibangunkan bagi meningkatkan Kecekapan Proses Pendaftaran Operator Dron untuk meningkatkan pendaftaran UAS menjelang tahun 2030.

“Industri dron di Malaysia berpotensi menjana pertumbuhan sebanyak RM50.71 billion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan berupaya mewujudkan 100,000 peluang pekerjaan menjelang tahun 2030,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat kedua Majlis Ekonomi Digital dan Revolusi Perindustrian Keempat Negara (MED4IRN) yang turut dihadiri barisan menteri, ketua jabatan serta agensi terlibat.

Ismail Sabri berkata, mesyuarat juga mengambil maklum perkara dibangkitkan pemain industri seperti kerenah birokrasi yang akan diteliti bagi mengembangkan industri dron negara.

“Selain itu, mesyuarat juga akan melaksanakan strategi berkaitan pembangunan Omnibus Act-Public Sector melalui Dasar Perkongsian Data Sektor Awam (DPDSA) serta Dasar Perkongsian Data Nasional bagi meningkatkan ekosistem perkongsian data negara yang lebih kondusif.

“Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) juga terus diperkasa melalui pendigitalan dan satu mekanisme
Penyelesaian Pertikaian Dalam Talian diwujudkan bagi mengadili dan menyelesaikan tuntutan kecil dan
meningkatkan aktiviti e-dagang merentas sempadan,” jelasnya.

Pada masa sama, Perdana Menteri memberitahu, kerajaan juga memperkukuhkan kerjasama dengan Microsoft Malaysia menerusi bidang keselamatan siber dan kes penipuan dalam talian bagi menyokong visi pembangunan digital negara.

“Kerajaan juga menubuhkan Jawatankuasa Ekonomi Perkongsian yang diterajui Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia bagi menyelaras inisiatif dan program berkaitan di peringkat nasional melibatkan sektor awam,swasta, komuniti dan akademik.

“Sementara itu, Digital Nasional Berhad (DNB) menyasarkan capaian liputan 5G di Malaysia mencapai 40 peratus menjelang akhir tahun ini dan sebanyak 80 peratus di kawasan berpenduduk menjelang tahun 2024,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI