fbpx

Israel mengaku Shireen Abu Akleh ditembak tenteranya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wartawan televisyen Al Jazeera yang terbunuh, Shireen Abu Akleh, membuat liputan di Baitulmuqaddis pada 12 Jun 2021. - AFP

BAITULMUQADDIS – Pasukan Pertahanan Israel (IDF) akhirnya mengaku bahawa wartawan Al Jazeera, Shireen Abu Akleh berkemungkinan besar ditembak dan dibunuh tenteranya ketika membuat liputan operasi ketenteraan di Jenin pada Mei lalu, lapor stesen penyiaran CNN. 

“Saya tidak mungkin menentukan dengan jelas punca tembakan yang mengenai dan membunuh Shireen. 

“Bagaimanapun, terdapat kemungkinan besar Shireen secara tidak sengaja terkena tembakan IDF yang dilepaskan ke arah suspek yang dikenal pasti sebagai lelaki bersenjata dari Palestin semasa berbalas tembakan,” kata IDF dalam satu kenyataan.

Penerbit Shireen, Ali al-Samoudi cedera dalam kejadian itu.

Bagaimanapun, tentera Israel tidak berhasrat untuk meneruskan tuduhan jenayah atau pendakwaan terhadap mana-mana askar yang terlibat, kata Pejabat Peguambela Jeneral Tentera IDF dalam satu kenyataan berasingan.

“Keputusan itu berdasarkan hasil semakan yang menentukan bahawa askar IDF hanya menyasarkan tembakan ke arah mereka yang dikenal pasti sebagai pengganas bersenjata semasa kejadian.

“Oleh itu, tiada syak wasangka peluru dilepaskan dengan sengaja ke arah sesiapa yang dikenal pasti sebagai orang awam dan khususnya wartawan,” kata kenyataan itu.

Seorang pegawai kanan IDF yang memberi taklimat kepada wartawan mengenai penemuan siasatan tentera berkata, tentera IDF tidak tahu mereka menembak ke arah pihak media dan belakang Shireen yang berpaling kepada tentera mungkin menjadi faktor penyumbang. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI