fbpx

5 penyangak dicekup terlibat bisnes sedut diesel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis menahan lima suspek termasuk tiga warganegara asing di sebuah premis penyimpanan minyak diesel bersubsidi di Taman Perindustrian Kempas, Johor Bahru, semalam.

JOHOR BAHRU – Polis Johor berjaya menggagalkan cubaan menyeludup minyak diesel bersubsidi sebanyak 46,000 liter serta menahan lima lelaki di sebuah stesen minyak di Jalan Harimau, Taman Abad, di sini semalam.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, serbuan yang dijalankan pada pukul 2 pagi itu berjaya menahan lima suspek lelaki berusia antara 24 hingga 42 tahun.

“Hasil serbuan, polis turut merampas sebuah lori bersama muatan diesel bersubsidi bernilai RM105,800.

“Kita turut menyerbu sebuah lokasi berasingan di Taman Ungku Tun Aminah pada pukul 2.30 pagi dan berjaya menahan suspek kedua berusia 29 tahun beserta rampasan wang tunai berjumlah RM17,722,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini

Menurut Kamarul, polis menjalankan serbuan ketiga di Jalan Belati, Taman Perindustrian Kempas yang merupakan lokasi simpanan minyak diesel bersubsidi dan berjaya menahan tiga lelaki warga asing berusia antara 26 hingga 34 tahun.

Tambah Kamarul Zaman, susulan kejayaan tiga operasi berkenaan, polis telah menahan lima suspek dan membuat rampasan keseluruhan bernilai RM159,722.

“Siasatan lanjut mendapati dua suspek warga tempatan yang ditahan mempunyai rekod lampau bersabit kesalahan penyalahgunaan dadah.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM1 juta atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI