fbpx

Leeseo dituduh ‘berlakon’ tak kenal Pikachu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LEESEO

PENYANYI Leeseo mencetuskan perdebatan dalam kalangan peminat dan netizen hanya kerana pendedahannya yang mengakui tidak mengenali karakter kartun popular, Pikachu.

Perkara tersebut mencetuskan perbalahan selepas sebuah video dalam Naver NOW memaparkan anggota IVE itu berkata, dia hanya mengenali Pikachu kerana roti.

Pengakuan Leeseo ternyata mengejutkan ramai tetapi peminatnya mengakui perkara tersebut boleh terjadi memandangkan usia penyanyi itu sangat muda.

Dilahirkan pada 2007 dan kini berusia 15 tahun, maka tidak mustahil andai Leeseo tidak mengenali karakter popular tersebut.

Pun begitu, ada sesetengah netizen membangkitkan persoalan sama ada dia benar-benar tidak mengenali Pikachu atau sekadar berlakon tidak tahu apa-apa.

“Adik saya 13 tahun tetapi dia kenal Pikachu. Leeseo cuma cakap begitu untuk bermain dengan konsep yang diberikan kepadanya bahawa dia ahli paling muda,” kecam seorang netizen.

“Wow, dia betul-betul mainkan watak seorang yang ‘clueless’. Pikachu? Tolonglah,” perli seorang netizen lain.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI