fbpx
LEA MICHELE

Lea Michele dituduh bodoh, tidak tahu membaca

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AKTRES cantik Lea Michele dituduh tidak pandai membaca dan juga menulis. Dakwaan tersebut disebarkan oleh ‘musuhnya’ iaitu pelakon Samantha Ware.

Menerusi temu bual bersama New York Times, Michele menafikan perkara tersebut dan menyifatkan tuduhan Ware bersifat jahat.

“Saya ingin mengatakan bahawa tuduhan yang dibuat oleh Ware adalah sangat jahat. Saya mempunyai keunggulan dalam diri dan bekerja keras.

“Tuduhan saya bodoh sehingga tidak mampu membaca dan menulis sangat tidak masuk akal,” katanya.

Ujar pelakon berusia 36 tahun itu, hampir setiap hari dia membaca buku atau membaca surat kontrak penting yang perlu difahami sebelum menurunkan tanda tangan.

“Bahkan saya juga perlu membaca skrip. Kemudian saya dituduh tidak boleh membaca?” katanya.

POPULAR