fbpx

Laluan jejantas pejalan kaki di Kompleks ICQS akan dibuka semula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hamzah (tengah) mendengar penerangan ketika melawat jejantas dari KTMB Padang Besar ke Kompleks ICQS Padang Besar yang ditutup sejak dua tahun lalu.

PADANG BESAR – Jejantas pejalan kaki dari stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) ke Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di sini bakal dibuka semula selepas pembinaan laluan berpagar selesai dilaksanakan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, perbincangan berhubung pembinaan laluan berpagar itu telah dibuat bersama Perbadanan Aset Keretapi (RAC) dalam memastikan tiada warga asing cuba menyelinap masuk ke sempadan Malaysia melalui Kompleks ICQS Padang Besar.

Beliau berkata, jejantas pejalan kaki itu dijangka dibuka dalam tempoh tiga bulan selepas pembinaan laluan berpagar berkenaan selesai.

“Langkah ini diambil bagi memberi kemudahan buat pengguna KTMB dan dalam masa sama memastikan keselamatan negara terjamin di kawasan sempadan,” katanya selepas melakukan lawatan ke jejantas itu di sini hari ini.

Dalam pada itu, Hamzah berkata, menerusi statistik terkini, seramai 2,000 pengunjung warga asing direkodkan menggunakan kemudahan kereta api untuk masuk ke Padang Besar dalam masa sebulan.

“Bagi laluan masuk menerusi Kompleks ICQS ini pula, seramai 30,000 pengunjung warga asing direkodkan melintasi sempadan negara dalam masa sebulan.

“Jadi bila begitu ramai warga asing menggunakan dua laluan ini, pelbagai kesalahan boleh berlaku dan disebabkan itu, kita kena pastikan mereka akan melalui pemeriksaan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) terlebih dahulu,” ujarnya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI