fbpx

Tsunami nuklear senjata baharu Russia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kapal selam berkuasa nuklear Belgorod dirakam pada 2019. - CNN

MOSCOW – Presiden Russia, Vladimir Putin dilaporkan bersiap sedia untuk melancarkan kapal selam berupaya membawa dron tempur nuklear yang boleh mencetukan gelombang tsunami radioaktif, lapor akhbar Mirror UK kelmarin.

Russia dikatakan terus-menerus membangunkan senjata canggih apabila pencerobohannya ke atas Ukraine masih buntu biarpun sudah melebihi tempoh enam bulan.

Tentera laut Russia tidak mempunyai kapal pengangkut pesawat yang boleh dipercayai  tetapi Kremlin menggantikannya dengan kekuatan armada kapal selam dengan kapal selam  terbaharu dilengkapi peluru berpandu paling moden.

Kapal selam serangan pantas kelas Oscar II, K-329 Belgorod adalah yang paling besar dibina oleh Moscow sejak 30 tahun lalu. K-329 Belgorod diperkenalkan kepada umum dalam satu acara di Severodvinsk 8 Julai lalu.

Kapal selam itu memiliki panjang 167.3 meter dan lebar 15 meter serta dilengkapi dua reaktor nuklear. Ia menjalani ujian selama tiga tahun, manakala beberapa laporan menyebut bahawa kapal selam itu bersedia untuk digunakan.

Kapal selam K-329 Belgorod berupaya membawa torpedo nuklear Poseidon dengan sebuah kapal selam itu dilengkapi enam senjata pemusnah besar-besaran tersebut.

Torpedo itu disifatkan oleh pakar-pakar ketenteraan  sebagai senjata paling ditakuti oleh tentera laut Amerika Syarikat (AS).

Saluran berita propaganda Rusia menyatakan bahawa Poseidon mampu melenyapkan Britain dari peta dunia menerusi  ‘gelombang  tsunami radioaktif’.

Torpedo itu memiliki panjang 24 meter dan boleh bergerak selaju 200 kilometer sejam dan mencapai kedalaman 975 meter.

Ia juga dikatakan mempunyai jarak  tanpa had dan boleh menyebabkan letupan berkuasa dua megaton di dalam air. Letupan satu megaton menyamai kekuatan satu juta tan bahan letupan TNT.

Bagaimanapun, masa  beberapa tahun lagi diperlukan sebelum misil tersebut bersedia untuk digunakan.

“Objektif sebenar adalah untuk melapisi kawasan pantai negara  musuh dengan bahan radioaktif kerana impak letupan nuklear bawah air agak  berkekalan dan sukar dipulihkan.

“Serangan torpedo pantas akan memintas keupayaan pertahanan peluru berpandu Amerika Syarikat,” demikian menurut laporan media Russia. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI