fbpx

Covid-19: 2,328 kes dilaporkan semalam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Angka jangkitan Covid-19 di negara ini mencatatkan sebanyak 2,328 kes semalam termasuk tiga kes import sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,749,219 setakat ini.

Berdasarkan data pada laman web CovidNow, sejumlah 2,618 kes sembuh direkodkan dengan jumlah keseluruhan pulih daripada Covid-19 seramai 4,719,910 orang.

Kata laman web itu, sebanyak 31,164 kes aktif Covid-19 dilaporkan dengan merekodkan pertambahan sejumlah negatif 299.

“Selangor mencatatkan jumlah kes harian tertinggi iaitu sebanyak 715 diikuti Kuala Lumpur (415), Sabah (205), Perak (175), Sarawak (140), Negeri Sembilan (125), Melaka (109) dan Kedah (87).

“Turut menyumbang kepada jumlah kes harian itu ialah Kelantan (76), Pulau Pinang (75), Johor (66), Pahang (55), Putrajaya (36), Terengganu (34), Perlis (9) dan Labuan (6),”kata maklumat itu hari ini.

Dalam perkembangan sama, sebanyak 12 kematian dilaporkan dengan tiga kes meninggal dunia di luar hospital atau brought in dead (BID) seterusnya menjadikan jumlah kematian sebanyak 36,234.

Jumlah kematian BID pula sebanyak 7,702 setakat ini.

Sebanyak 29,761 kes dikuarantin di rumah, 19 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 1,305 kes di hospital, 35 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 44 kes di ICU dengan bantuan pernafasan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI