fbpx

Anak sahkan lelaki seakan bapa bukan kru MH370

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penjelasan Maira berhubung wajah lelaki didakwa bapanya yang tinggal di sebuah pulau

PETALING JAYA – “Saya ingin jelaskan bahawa dia bukan bapa saya”.

Itu reaksi Maira Elizabeth Nari, anak kru pesawat Malaysia Airlines MH370, Andrew Nari susulan tular wajah seakan-akan bapanya yang kononnya kini tinggal di sebuah pulau.

Menerusi hantaran pada Instagram Maira, dia memberitahu telah menerima mesej peribadi daripada pengguna laman sosial berhubung dakwaan tersebut.

“Telah menarik perhatian saya, dikatakan individu ini bapa saya atau kelihatan seperti bapa saya.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang menghantar mesej peribadi. Saya minta maaf tidak dapat membalasnya kerana memang sangat banyak,” katanya.

Dalam pada itu, Maira turut mengucapkan terima kasih serta menghargai ingatan terhadap mereka yang terlibat dalam tragedi tersebut.

Terdahulu, tular di media sosial Facebook wajah seakan-akan penumpang dan anak kapal pesawat MH370 kononnya mereka berada di sebuah pulau.

Berikutan itu, akaun tersebut dihujani komen-komen rakyat Malaysia, malah ada pihak mengecamnya kerana ia bukan sahaja memberi kesan kepada keluarga, bahkan rakyat Malaysia.

Pesawat MH370 dilaporkan hilang ketika dalam penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Beijing, China pada 8 Mac 2014.

Penerbangan pesawat B777-200 itu berlepas dari KLIA pada 12.41 tengah malam dan dijadualkan tiba di Beijing pada 6.30 pagi waktu tempatan, hari yang sama.

Ia membawa seramai 227 penumpang termasuk dua bayi dan 12 kru. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI