fbpx

Vladimir Putin tidak akan hadiri majlis pengebumian Mikhail Gorbachev

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Putin memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Gorbachev yang meninggal dunia di usia 91 tahun. - Sky News

MOSCOW – Presiden Russia, Vladimir Putin tidak akan menghadiri majlis pengebumian pemimpin terakhir Kesatuan Soviet (USSR), Mikhail Gorbachev, kata jurucakap beliau semalam.

“Majlis perpisahan dan pengebumian akan diadakan pada 3 September 2022, bagaimanapun dukacita dinyatakan bahawa jadual Putin yang sibuk tidak mengizinkan beliau untuk  menghadirinya,” kata jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov kepada pemberita.

Beliau memberitahu, Putin memberikan penghormatan terakhir kepada Gorbachev di hospital di mana pemimpin itu menghembuskan nafas terakhir pada Selasa lalu ketika berusia 91 tahun.

Majlis pengebumian Gorbachev akan diadakan esok di dewan Moscow Hall of Colums iaitu lokasi bersejarah yang digunakan untuk mengadakan majlis pengebumian pegawai tinggi termasuk Joseph Stalin pada tahun 1953. 

Pada hari sama, jasad Gorbachev akan disemadikan di tanah perkuburan berprestij, Novodevichy di Moscow, di sebelah kubur isterinya, Raisa yang meninggal dunia dalam tahun 1999. Peskov berkata, akan ada elemen majlis pengebumian negara untuk Gorbachev termasuk perbarisan pengawal kehormat, manakala upacara tersebut dianjurkan dengan bantuan kerajaan Moscow.

Gorbachev mengubah haluan sejarah dengan mencetuskan kehancuran blok USSR dan merupakan antara tokoh ternama dalam abad ke-20. Reformasi beliau sebagai pemimpin USSR merubah negaranya dan membolehkan Eropah Timur bebas daripada pemerintahan USSR.

Walaupun perubahan yang dibuat menyaksikan mendiang menerima pujian Barat, ramai juga rakyat Russia membencinya selepas negara itu terjerumus ke dalam kegawatan ekonomi, manakala pengaruh Moscow di peringkat antarabangsa juga merosot.

Putin yang menyifatkan keruntuhan USSR sebagai malapetaka geopolitik terbesar dalam abad ke-20, mengambil masa lebih 20 tahun untuk mengubah legasi Gorbachev. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI