fbpx

Perkasa undang-undang berkaitan LGBT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Yahya.

YAN – Dewan Ulama Pas berpandangan undang-undang berkaitan budaya songsang lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) perlu diperkasakan dalam usaha memelihara akidah umat Islam di negara ini.

Menurut Ketuanya, Datuk Ahmad Yahya, kerajaan perlu bersikap peka terhadap ancaman pendukung ideologi LGBT yang sedang meresap masuk ke rantau ini.

“Di samping itu, kita juga perlu berhadapan dengan realiti yang getir untuk mempertahankan negara daripada usaha ‘menghalalkan’ LGBT susulan pengumuman untuk menerima LGBT oleh negara dari rantau yang sama.

“Sistem perundangan semasa yang meletakkan amalan LGBT sebagai suatu kesalahan jenayah telah termaktub dalam Seksyen 377 Kanun Keseksaan. Begitu juga pelbagai peruntukan enakmen negeri yang perlu terus diperkasa bagi melindungi ancaman LGBT kepada keutuhan bermasyarakat dalam negara,” katanya ketika memberi ucaptama dalam Muktamar Dewan Ulama Pas di Guar Chempedak di sini hari ini.

Beliau menambah, pihaknya juga menggesa supaya penguatkuasaan undang-undang dilaksanakan secara serius khususnya menanggapi proses sexual grooming melalui media-media sosial.

“Kerajaan perlu menambah baik dasar sosial di bawah Pelan Tindakan Sosial Islam 2019-2025 bagi terus mengekang budaya songsang ini daripada terus menular dalam negara.

“Pelan tindakan ini perlu ditambah baik sejajar dengan perkembangan semasa bagi memastikan setiap ruang-ruang halus penyerapan masuk agenda LGBT dapat segera ditutup.

“Perkara ini termasuk melalui rancangan-rancangan kartun kanak-kanak serta penstriman langsung seperti Netflix. Peranan Lembaga Penapisan Filem (LPF) perlu lebih tegas dalam menghalang usaha normalisasi unsur LGBT melalui karya-karya perfileman yang masuk ke dalam negara,” ujarnya.

Jelasnya, penganjuran konsert yang menampilkan artis-artis Barat juga bertentangan dengan agama dan budaya ketimuran negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI