fbpx

Mahkamah: Saksi akui Najib berhak diberi taklimat cadangan pembetulan laporan audit 1MDB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Najib Razak bertemu penyokong di luar Mahkamah Persekutuan, Putrajaya pada 23 Ogos lalu. /FOTO FAIZ ALIF AHMAD

KUALA LUMPUR – Seorang Penguasa Kanan Cawangan Siasatan Jenayah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengakui bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak berhak diberi taklimat cadangan pembetulan laporan audit 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Saksi pendakwaan ke-16, Haniff Lami yang mengakui pekara itu selepas bersetuju dengan cadangan peguam utama Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.

Muhammad Shafee: Pihak yang diaudit ialah 1MDB?

Haniff: Betul.

Muhammad Shafee: Adakah tuan tahu, 1MDB adalah syarikat bawah Kementerian Kewangan, Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD)?
Haniff: Tahu.

Muhammad Shafee: Jadi saham 100 peratus kepunyaan MOF?

Haniff: Betul.

Muhammad Shafee: Ketika itu, siapa menteri MOF?

Haniff: Semasa kes audit, Datuk Seri Najib.

Justeru Muhammad Shafee mencadangkan kepada saksi itu bahawa, Najib berhak untuk diberi taklimat mengenai keadaan sebenar syarikat itu, selaku pihak yang diaudit.

Dalam pada itu ditanya peguam Datuk N. Sivananthan, saksi itu bersetuju Najib dan Arul Kanda disiasat kerana didakwa melakukan jenayah selepas mengarahkan Ambrin untuk membuat pindaan terhadap laporan audit tersebut.

Haniff berkata ‘tidak tahu sepenuhnya’ mengenai kenyataan yang dibuat oleh Ambrin di mahkamah bahawa pindaan laporan dibuat mengikut budi bicaranya.

Susulan itu, saksi ini berkata, ia menyebabkan keterangannya dengan kenyataan oleh Ambrin adalah berlawanan.

Sementara itu dalam prosiding sama, saksi itu turut mengakui beliau tidak mempunyai kepakaran dalam menyiasat kes-kes melibatkan bidang audit dan tidak pernah menyiasat kes melibatkan pengauditan selain daripada kes 1MDB ini.

Perbicaraan di hadapan Hakim Mohamed Zaini Mazlan bersambung lagi 7 September ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI