fbpx

Arsenal perlu kekalkan mentaliti juara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MARTINELLI (tengah) meledak gol kemenangan Arsenal ketika menewaskan Villa di Stadium Emirates awal pagi semalam. – ARSENAL

LONDON – Pemain sayap lincah Arsenal, Gabriel Martinelli mahu rakan sepasukannya meneruskan mentaliti juara selepas merekodkan kemenangan kelima berturut-turut dengan menewaskan Aston Villa 2-1 dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) awal pagi semalam.

The Gunners menguasai sepenuhnya aksi yang berlangsung di Stadium Emirates itu menerusi gol-gol daripada Gabriel Jesus dan Martinelli walaupun Villa berjaya ‘mencuri’ satu jaringan menerusi sepakan penjuru Douglas Luiz.

Martinelli, 21, menyifatkan prestasi mereka ketika ini cukup positif kerana bukan mudah apabila hampir dikecewakan pasukan lawan yang berjaya meraih gol penyamaan pada babak ke­dua sebelum bangkit mengutip tiga mata.

“Ini adalah keputusan yang cukup baik buat pasukan. Lebih manis, ia terhasil menerusi mentaliti pemain yang terdesak untuk mendapatkan kemenangan meskipun lawan berjaya mengikat kedudukan ketika kami mendominasi sepenuhnya perlawanan,” katanya.

JESUS (kiri) menjaringkan gol pertama buat Arsenal dalam kemenangan 2-1 ke atas Villa di Stadium Emirates awal pagi semalam. – AFP

Pengurus Arsenal, Mikel Arteta turut menyuarakan nada positif selepas menyaksikan mereka muncul satu-satunya pasukan yang mengekalkan rekod kemenangan bersih daripada lima perlawanan sekali gus gah mendahului carta EPL.

“Apa yang pemain pamerkan sepanjang perlawanan cukup luar biasa kerana bukan mudah untuk menewaskan pasukan berkualiti seperti Villa. Namun, saya anggap kami masih ada juga beberapa kelemahan yang boleh diperbaiki.

“Saya sedikit ralat apabila kapten, Martin Odegaard me­ngalami kecederaan. Kami masih belum pasti ia serius atau sebaliknya tetapi sudah tentu berharap dia cergas untuk aksi seterusnya,” jelasnya.

Berdasarkan prestasi semasa, Arsenal dijangka tiada masalah untuk melebarkan kemenangan buat kali keenam berturut-turut apabila menentang pasukan bermasalah, Manchester United di Old Trafford pada Ahad ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI