fbpx

Sistem elektrik Hospital Melaka berusia 92 tahun dinaik taraf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SULAIMAN Md. Ali (berdiri belakang, tengah) menyaksikan wakil kontraktor, KKM dan JKR negeri menandatangani dokumen penyerahan projek naik taraf sistem bekalan elektrik Hospital Melaka.

MELAKA – Sistem bekalan elektrik di Hospital Melaka yang berusia 92 tahun telah dinaik taraf meliputi rekaan dan binaan melibatkan kos sebanyak RM23.8 juta.

Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali berkata, projek naik taraf itu diselia oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri dan dilaksanakan kontraktor dilantik, Lapisan Rezeki Sdn. Bhd.

Menurut beliau, tempoh penyiapan projek itu mengambil masa 24 bulan bermula daripada tarikh pengambilalihan tapak pada 21 September 2020 dan telah siap sepenuhnya pada 15 Ogos lalu.

“Hospital Melaka dibina pada tahun 1934 dan sistem bekalan elektrik yang diguna pakai mencecah 92 tahun.

“Justeru, wujud keperluan untuk menaik taraf agar dapat menyediakan bekalan yang lebih cekap dan stabil, malah projek ini juga berjaya disiapkan dengan pakej 11 dalam satu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar penyerahan projek naik taraf sistem bekalan elektrik Hospital Melaka di sini, hari ini.

Tambahnya, kecekapan pengurusan projek oleh JKR negeri itu juga turut menyumbang kepada penjimatan kos sebanyak RM3 juta.

Mengulas lanjut beliau berkata, kerja-kerja menaik taraf itu juga dijangka akan meningkatkan produktiviti dan kecekapan pihak Hospital Melaka.

“Selain itu, pelbagai perancangan boleh dirangka bagi memastikan hospital ini akan terus berkembang sesuai dengan keperluan semasa.

“Sistem perubatan kita semakin canggih, kalau hendak lakukan pembedahan atau prosedur tertentu di hospital pun memerlukan bekalan yang mencukupi, begitu juga pertambahan bangunan baharu yang memerlukan satu sistem elektrik yang stabil,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI