fbpx

Rosmah tiba di Mahkamah Kuala Lumpur, penyokong tidak dibenarkan masuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rosmah ketika di pekarangan Mahkamah Kuala Lumpur sebentar tadi.

KUALA LUMPUR – Datin Seri Rosmah Mansor tiba di pekarangan Mahkamah Kuala Lumpur kira-kira pukul 8.55 pagi tadi

Beliau yang tiba menaiki sebuah kereta berwarna hitam dilihat memasuki pekarangan lobi mahkamah sambil diiringi beberapa orang peguam.

Pada hari ini, isteri kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu hadir bagi mendengar keputusan bagi tiga kes rasuahnya di hadapan Hakim Mohamed Zaini Mazlan.

Keputusan hari ini juga bakal menentukan sama ada Rosmah bersalah atau dibebaskan selepas hakim telah selesai mendengar keterangan semua saksi pendakwaan dan pembelaan sebelum ini.

Terdahulu, pihak mahkamah tidak membenarkan penyokong Rosmah memasuki pekarangan lobi mahkamah dan mereka hanya dibenarkan berada di luar pagar Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.

Difahamkan kurang 50 orang penyokong beliau hadir dan berada di luar pagar pekarangan mahkamah ketika ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI