fbpx

Polis buka tiga kertas siasatan kes ugut pengulas sukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SHAH ALAM – Polis membuka tiga kertas siasatan berhubung mesej berbaur ugutan diterima pengulas sukan, Hafizal Hamad pada Sabtu lalu menerusi laman instagram “antimediababi”.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya mengesahkan menerima laporan dibuat pengulas sukan pukul 1 pagi hari ini (31 Ogos) kerana mesej berkenaan mendatang kegusaran kepadanya sekeluarga.

Katanya, antara mesejnya adalah “lagi sekali ko bagi kritikan negatif dkt semua atlet Malaysia ko aku akan kerjakan” dan “ko buat pesanan maut menanti depan rumah ko”.

“Hasil siasatan awal mendapati pengadu ada menyentuh berkenaan kemerosotan pemain badminton negara, Lee Zhi Jia semasa mengulas dalam rancangan “Nindia Pak Long”.

“Pengadu mengesyaki perkara ini mungkin telah mengundang rasa tidak puas hati pihak-pihak tertentu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menegaskan kes disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

“Justeru, sebarang maklumat berkaitan kes ini boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat Inspektor Hadi ditalian 016-2745515,” jelasnya.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan
pengacara sukan tanah air, Hafizal Hamad membuat satu laporan polis selepas mendapat satu ugutan daripada peminat fanatik pemain badminton perseorangan negara. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI