Hafizal menunjukkan laporan yang dibuat di Balai Polis Seksyen 9, Shah Alam semalam.

Pengguna Instagram ugut bunuh pengacara sukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Polis sudah me­rujuk dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) bagi mengenal pasti pemilik laman Instagram yang menghantar mesej berbaur ugutan kepada pengulas sukan, Hafizal Hamad pada Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya setakat ini belum sebarang tangkapan berkaitan kes itu.

“Kita sudah berhubung de­ngan SKMM bagi menyemak identiti sebenar pemilik laman ‘antimediababi’ tersebut.

“Selain itu, kita telah merekodkan keterangan Hafizal yang juga pengadu bagi membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Kelmarin Hafizal tampil membuat laporan polis kira-kira pukul 1 pagi selepas menerima ugutan daripada peminat fanatik pemain badminton perseorangan negara.

Berita berkaitan: Pengacara sukan buat laporan polis diugut peminat fanatik badminton

Antara mesej itu berbunyi ‘lagi sekali ko bagi kritikan negatif dekat semua atlet Malaysia ko aku akan kerjakan’ dan ‘ko buat pesanan maut menanti depan rumah ko’.

Siasatan awal polis mendapati, pengadu ada menyentuh kemerosotan Lee Zii Jia dalam rancangan ‘Nindia Pak Long’ dan laporan dibuat kerana ia me­nimbulkan kegusaran kepadanya sekeluarga.

Dalam pada itu, Mohd. Iqbal berkata, polis masih membuka satu kertas siasatan bagi kes berkenaan.

“Kes itu disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

“Siasatan lanjut masih dijalankan dan kita sedang menunggu maklumat daripada SKMM,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN