fbpx

Hospital Melaka sediakan pakar tetap untuk neurosurgeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rusdi Abd. Rahman bercakap kepada pemberita ketika sidang akhbar penyerahan projek naik taraf sistem bekalan elektrik Hospital Melaka, hari ini.

MELAKA – Hospital Melaka kini melaksanakan penggiliran doktor pakar secara tetap bagi menyediakan perkhidmatan pembedahan neurosurgeri.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Melaka, Datuk Dr. Rusdi Abd. Rahman berkata, sebelum ini pesakit terpaksa dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan Hospital Seremban, Negeri Sembilan susulan isu tenaga pakar.

Jelasnya, bagaimanapun setelah keperluan perkhidmatan itu dinaik taraf pada Julai lalu, Hospital Melaka kini telah bersedia untuk menawarkan rawatan neurosurgeri menerusi penggiliran doktor pakar secara tetap.

“Buat masa ini Hospital Melaka memiliki satu bilik unit rawatan rapi (ICU) dan bilik bedah untuk neurosurgeri, hanya seorang doktor pakar bertugas secara penggiliran.

“Doktor pakar daripada hospital lain akan datang ke Melaka secara tetap berbanding sebelum ini yang datang tidak berjadual dan kita harap pembedahan dapat dilakukan di Hospital Melaka selepas ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar penyerahan projek naik taraf sistem bekalan elektrik Hospital Melaka di sini, hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, penggiliran itu boleh dibuat sebulan atau dua minggu sekali, bergantung kepada keperluan.

“Tambahan pula sistem bekalan elektrik juga telah dinaik taraf dan diharapkan tidak ada lagi kekangan yang mengganggu perkhidmatan tersebut.

“Ada juga rujukan kalau terlalu banyak (kes) sebab ketika ini hospital cuma mempunyai seorang sahaja pakar, namun kita harap jumlah doktor ini akan meningkat sehingga tidak lagi perlu merujuk ke hospital lain,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI