fbpx

Azalina sah letak jawatan sebagai Penasihat Khas PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azalina

PUTRAJAYA – Datuk Seri Azalina Othman telah menyerahkan surat peletakan jawatan beliau sebagai Penasihat Khas Perdana Menteri (Undang-undang dan Hak Asasi Manusia) di Jabatan Perdana Menteri pada 29 Ogos lalu.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah pun menerima notis peletakan jawatan tersebut dengan notis sebulan seperti yang dimaklumkan dalam surat berkenaan.

“Notis sebulan diberikan bertujuan menyelesaikan kerja-kerja berkaitan dengan kakitangan beliau, namun dalam tempoh itu, beliau tidak lagi bertugas di Pejabat Perdana Menteri kerana diberi cuti mulai 1 September sehingga tamat notis pada akhir September.

“Perdana Menteri turut mengucapkan penghargaan dan terima kasih di atas perkhidmatan yang telah diberikan beliau sepanjang tempoh berkhidmat,” kata kenyataan itu hari ini.

Azalina sebelum ini menjawat jawatan tersebut bermula 2 Oktober tahun lalu dan sebelum itu berperanan sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat sehingga 23 Ogos tahun sama.

Ahli Parlimen Pengerang itu bagaimanapun sebelum ini dilapor mengesahkan bahawa beliau masih berkhidmat sebagai Penasihat Undang-undang dan Hak Asasi Manusia kepada Perdana Menteri.

“Saya ingin mengesahkan bahawa setakat 31 Ogos 2022, saya masih berkhidmat sebagai Penasihat Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia,” katanya ringkas di akaun media sosial miliknya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI