fbpx
Keadaan pokok di sekitar lokasi sambutan Hari Kebangsaan 2022 di Kuala Lumpur rosak akibat dipijak pengunjung.

Pokok hiasan rosak dipijak pengunjung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Perbuatan segelintir pengunjung memijak pokok dan tanaman hiasan sewaktu acara Perbarisan dan Perarakan Sambutan Hari Kebangsaan 2022 di Dataran Merdeka di sini menyebabkan landskap persekitaran di situ rosak.

Gambar dan video keadaan pokok yang dilihat menyedihkan itu dimuat naik pada Facebook Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sekali gus mengundang pelbagai reaksi daripada orang ramai.

“Seronok tengok lautan manusia membanjiri jalan-jalan sekitar Dataran Merdeka pagi tadi, bersama-sama meraikan sambutan Hari Kebangsaan. Semangat cintakan negara seperti inilah yang kita mahu.

“Tapi ada pula sesetengah dalam kalangan kita langsung tidak mempedulikan persekitaran dan keindahan kawasan. Langsung rasa tidak bersalah merosakkan landskap yang disemai cantik.

“Semangat itu sudah bagus, tapi caranya tidak betul,” menurut hantaran tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, ada pengguna laman sosial mengecam perbuatan segelintir pengunjung tidak bertanggungjawab dan ada juga mendakwa tempat terhad menyebabkan kerosakan itu berlaku.

“Sikap manusia yang belum merdeka,” kata seorang individu meninggalkan komen.

“Kawalan tidak ada, manusia terlalu ramai. Tidak boleh salahkan pengunjung sepenuhnya,” ujar seorang lagi pengguna laman sosial. -KOSMO! ONLINE

POPULAR