fbpx

Mikhail Gorbachev meninggal dunia pada usia 91 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pihak hospital memaklumkan Gorbachev sudah lama menderita pelbagai komplikasi penyakit. - Getty Images

MOSCOW – Bekas pemimpin era Kesatuan Soviet (USSR), Mikhail Gorbachev disahkan meninggal dunia pada usia 91 tahun akibat komplikasi pelbagai penyakit, lapor Badan Penyiaran Britain (BBC) semalam.

Gorbachev merupakan pemerintah USSR  yang disegani dan dikenali dunia kerana bertanggungjawab menamatkan Perang Dingin yang berlarutan selama 44 tahun.

Beliau yang mengambil alih kuasa pada 1985 membuka pintu USSR kepada dunia dan melakukan pembaharuan di negara sendiri.

Bagaimanapun, beliau tidak dapat menghalang keruntuhan USSR yang akhirnya ‘melahirkan’ negara Russia lebih moden.

Ramai pemimpin dunia menyampaikan salam takziah di atas pemergian Gorbachev. Beliau meninggal dunia di seebuah hospital di Moscow.

“Mikhail Gorbachev ialah seorang negarawan yang tiada tolok banding.

“Dunia  kehilangan pemimpin global yang komited kepada prinsip multilateral dan penyokong keamanan yang tidak kenal erti lelah,” kata  Setiausaha Agung Persatuan Bangsa-Bangsa  Bersatu (PBB) Antonio Guterres dalam penghormatan di laman Twitter.

Pegawai hospital tempat Gorbachev meninggal dunia memaklumkan bahawa beliau sudah  lama menderita akibat beberapa penyakit serius.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, tahap kesihatannya merosot dan mendiang sering keluar masuk hospital.

Pada Jun 2022, media antarabangsa melaporkan beliau telah dimasukkan ke hospital selepas mengalami penyakit buah pinggang, namu punca kematiannya belum diumumkan.

Presiden Russia, Vladimir Putin telah merakamkan ucapan takziah yang mendalam atas kematian Gorbachev menerusi jurucakapnya, Dmitry Peskov. -Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI