fbpx

Cukup tiga orang anak, Yulhee dah ‘tutup kilang’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
YULHEE

PASANGAN selebriti Minhwan dan isterinya, Yulhee sepakat untuk tidak lagi menimang cahaya mata baharu selepas ini.

Pasangan itu berkata demikian ketika muncul dalam program Mr. House Husband 2 terbitan KBS2 baru-baru ini.

Dalam episod berkenaan, pasangan itu datang menziarahi datuk dan nenek Yulhee.

Empat generasi keluarga Yulhee berkumpul termasuklah datuk dan nenek, kedua orang tuanya serta ibu dan ayah saudaranya.

Sedang rancak berbual sambil menikmati makanan, Minhwan ditanya tentang perancangan untuk mendapatkan seorang lagi anak.

Bagaimanapun, Yulhee pantas menjawab bahawa mereka enggan lagi menimang cahaya mata.

Yulhee dan Minhwan yang merupakan anggota kumpulan FTISLAND berkahwin pada 2018 dan dikurniakan tiga orang anak, Jaeyul dan sepasang kembar, Arin dan Ahyoon.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI