fbpx

Tiada parti mampu dapat majoriti mudah pada PRU-15

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tengku Razaleigh (dua dari kiri) semasa tiba pada program Kacau Suro Merdeka di Sekolah Kebangsaan Aring, Gua Musang semalam. /FOTO AIMUNI TUAN LAH

GUA MUSANG – Veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah menyifatkan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) yang bakal diadakan tidak lama lagi merupakan satu pilihan raya yang sukar untuk semua parti politik.

Menurut Ahli Parlimen Gua Musang itu, semua parti termasuk Barisan Nasional (BN) akan berhadapan kesukaran disebabkan banyak faktor semasa terutamanya ekonomi dan kadar inflasi yang mungkin meningkat.

“Saya rasa pilihan raya kali ini paling sukar. Saya fikir tiada satu parti pun yang mendapat majoriti mudah sehingga boleh membentuk kerajaan.

“BN juga berada dalam keadaan begitu apatah lagi dengan berbagai-bagai skandal dan masalah yang dihadapi. Saya rasa kemungkinan pilihan raya kali ini ini bukan menyelesaikan masalah, sebaliknya akan menimbulkan banyak lagi masalah,” katanya.

Menurut Tengku Razaleigh, bagaimanapun, pilihan raya perlu diadakan kerana mengikut perlembagaan sudah genap lima tahun.

“Lima tahun genap mesti ada pilihan raya. Kita tahu pilihan raya ini mungkin tidak akan membuahkan satu hasil yang baik kerana tiada satu parti pun mengikut pendapat banyak pihak akan menubuh sebuah kerajaan.

“Jadi apa makna membuat pilihan raya. Kita akan menambahkan masalah lebih daripada menyelesaikan masalah,” katanya ketika ditemui pemberita pada program Kacau Suro Merdeka di Sekolah Kebangsaan Aring di Felda Aring 1 di sini semalam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI