fbpx

Pemuda OKU dipukul, badan dicucuh api

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

JEMPOL – Seorang ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) di sini berusia 48 tahun ditangkap polis berhubung kes pukul membabitkan adik kandungnya sendiri yang merupakan orang kurang upaya (OKU), Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook berkata, polis menerima maklumat awam berhubung mangsa berusia 39 tahun dipukul abang kandungnya kira-kira pukul 3 petang.

“Hasil siasatan awal mendapati mangsa mengakui telah dipukul abang kandungnya dan badan dicucuh dengan api.

“Hasil pemeriksaan awal ke atas badan mangsa mendapati terdapat kesan cedera pada bahagian perut dan bahagian belakang badan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Chang Hook berkata, suspek berjaya ditangkap kira-kira pukul 4 petang dan kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

RSS Error: A feed could not be found at `https://www.relevan.com.my/feed`. This does not appear to be a valid RSS or Atom feed.