fbpx

ASM 2 Wawasan umum agihan pendapatan 3.75 sen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Agihan pendapatan saham amanah ASM 2 Wawasan bakal memberi manfaat kepada 906,645 pemegang unit. -gambar hiasan

PETALING JAYA – Permodalan Nasional Berhad (PNB) melalui syarikat pengurusan unit amanahnya, Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) mengumumkan pengagihan pendapatan untuk dana harga tetapnya, Amanah Saham Malaysia 2  Wawasan (ASM 2 Wawasan) bagi tahun kewangan berakhir 31 Ogos 2022 adalah sebanyak 3.75 sen seunit.

Bayaran agihan pendapatan itu melibatkan sebanyak  RM882.49 juta yang akan memanfaatkan oleh 906,645 pemegang unit. 

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, sehingga 25 Ogos lalu, dana tersebut memperoleh jumlah pendapatan kasar sebanyak RM1.05 bilion dan mencatatkan pendapatan bersih direalisasi sebanyak RM725.10 juta.

“Pendapatan untuk ASM 2 Wawasan diperoleh daripada keuntungan yang direalisasi, dividen serta lain-lain pendapatan daripada pelaburan domestik dan antarabangsa. 

“Hasil pendapatan daripada ekuiti kekal sebagai penyumbang utama dengan pelaburan antarabangsa dan domestik masing-masing menyumbang 37.3 peratus  dan 36 peratus kepada pendapatan kasar dana. 

“Dana tersebut juga telah mendapat manfaat daripada kepelbagaian portfolio yang telah membuahkan hasil positif  dengan peruntukan kepada pelaburan antarabangsa meningkat sehingga 17.8 peratus berbanding 14.9 peratus pada tahun 2020,’ jelasnya.

Tambah kenyataan itu, pengiraan pengagihan pendapatan untuk ASM 2 Wawasan adalah berdasarkan purata baki bulanan minimum yang dipegang sepanjang tahun kewangan bagi dana tersebut.

Pengagihan yang diisytiharkan oleh ASM 2 Wawasan akan dilaburkan semula secara automatik sebagai unit tambahan ke dalam akaun pemegang unit pada 1 September 2022. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI