fbpx

Aktiviti sukan kembali aktif pacu pertumbuhan positif PCCS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Pengilang pakaian sukan, PCCS Group Berhad (PCCS) mencatat untung bersih sebanyak RM15.31 juta bagi suku pertama tahun kewangan 30 Jun 2022, pertumbuhan kira-kira 14 kali lebih tinggi berbanding RM1.1 juta tahun kewangan sebelumnya.

Pengarah Urusannya  David Chan Wee Kiang berkata, keuntungan tersebut disumbangkan daripada  penjualan anak-anak syarikat, Mega Label (Malaysia) Sdn Bhd (MLM) dan Mega Label (Pulau Pinang) Sdn Bhd (MLP), berjumlah RM8.3 juta.

Untuk suku pertama sehingga 30 June 2022, hasil menyaksikan lonjakan 70.15 peratus daripada RM99.5 juta dalam tempoh yang sama tahun lalu. Ini disebabkan oleh tempahan kukuh pakaian di Kemboja yang kembali selepas perniagaan dibuka semula.

“Senario paling buruk kini berada di belakang kami. Kami secara konservatif yakin dengan prospek kami bergerak ke hadapan dengan sekatan Covid ditarik balik di seluruh dunia.

“Apabila maraton, perlawanan bola sepak dan triatlon di seluruh dunia dibuka semula, segmen pakaian olahraga kami akan mendapat momentum,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan.

Wee Kiang menjelaskan, melangkah ke hadapan, keuntungan Kumpulan akan terus disandarkan oleh segmen pakaian dan tumpuannya adalah untuk meningkatkan rantaian nilai dan menumpukan pada pembangunan pakaian atlet berteknologi tinggi, yang juga memperoleh margin yang lebih baik.

 

Tambah beliau, mulai tahun ini, PCCS secara rasmi akan mereka bentuk, membangun dan mengeluarkan produk untuk Puma di China.

Selain itu, Kumpulan juga akan melengkapkan pakaian pasukan perlumbaan Decathlon yang bersaing di Tour de France, serta pemain ping pong dan badminton negara China di bawah Li Ning.

Pelanggan terbesar PCCS ialah Decathlon, Puma dan Li Ning. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

RSS Error: A feed could not be found at `https://www.relevan.com.my/feed`. This does not appear to be a valid RSS or Atom feed.