fbpx

Polis bongkar makmal proses dadah dalam bangsal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Yusri (empat dari kanan) menunjukkan barangan dari makmal haram memproses dadah di Tapah di IPK Perak, Ipoh hari ini./ FOTO MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA

IPOH – Tembelang lima lelaki menjadikan sebuah bangsal di dalam hutan dekat Chenderiang, Tapah sebagai makmal memproses dadah terbongkar apabila mereka diberkas polis, Jumaat lalu.

Serbuan pukul 9.45 pagi itu dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak dan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, serbuan ke atas makmal tersebut membawa kepada tangkapan lima lelaki termasuk dua beradik berusia 29 hingga 33 tahun.

Katanya, sebanyak 110.5 kilogram (kg) dadah disyaki methamphetamine yang dianggarkan bernilai RM6.62 juta bersama bahan kimia dan peralatan memproses dadah dirampas dalam serbuan itu.

“Ujian saringan air kencing dijalankan ke atas kesemua suspek dan mendapati tiga daripada mereka positif dadah jenis methamphetamine.

“Semakan rekod kesalahan lampau juga mendapati empat suspek yang tidak mempunyai pekerjaan tetap itu memiliki rekod lampau bersabit kes jenayah termasuk pecah rumah secara berkumpulan,” katanya dalam sidang akhbar di IPK Perak di sini hari ini.

Menurut beliau, kumpulan berkenaan dikesan aktif memproses dan mengedar dadah sejak Jun lalu di mana dadah yang dihasilkan adalah untuk pasaran luar Perak. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI